Monday, September 28, 2009

'JIN NOTTI' FILM REVIEW


All i can say about this movie is.......okay larrr....It's not bad but i got confused a lot, i only understood 70% of the whole story. But the music scores are great and i saw fast cuts between shots which is good.Other than, the poster is nice and i thought that the idea of making this fantasy type of movie is a brave act from KRU studios. No offence to Mr. director Azhari zain but i think this film would be more interesting if Mr.Yusry directed it. But still, i don't blame Mr.azhari because as we filmmakers know that "No one makes bad film intentionally". I can't say much about this film because it would ruin my dad's political connect(if you know what i mean) haha.. Overall, this film is a brave step for the Malaysian film industry to enhance more film genre. It's a watchable film and i give 3 star out of 5 for this film. For 'Momok' film.....eerrr...eerr...i'll rather not talk about it..haha..


ps- I can't wait to watch "SANTAU", i heard it's good.

Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!!

Graphic ni aku buat guna AE



Aku nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin kepada semua orang yang aku kenal dan pembaca-pembaca blog aku yang mana ada terasa sikit kalau aku tersilap tulis ke apa ke. Terima kasih kepada follower2 aku yang susah-susah subscribe blog aku ni. Tahun ni , saham duit raya aku naik giler...haha.. bagus lar, ekonomi Malaysia pon tengah pick up sekarang. Hari raya kedua aku pergi tengok filem 'GAMER', fuhhh....Gempak giler filem ni, idea yang fresh dan original walaupun ada sikit babak2 dia yang aku tak beberapa faham sikit tapi overall BEST!!Balik pada cerita hari raya tadi, aku rasa tahun ni aku takde lah bersemangat raya macam masa aku kecik2 dulu tapi apa-apa pon aku masih rasa gembira sebab aku dapat berkumpul ngan family semua. ya lar..bukan senang nak berkumpul ngan family aku nih...masing2 sibuk jer memanjang termasuklah aku..Last sekali aku nak cakap pasal hal MALAYSIA & INDONESIA, bagi aku kita tak patut gadoh-gadoh, selesaikan dengan cara yang baik dan lupakan kisah lama. Aku rasa rakyat MALAYSIA & INDONESIA pon tahu yang ni semua agenda kerajaan @MER!KA jahanam tuh yang saja cemburu tengok asia tenggara aman sentosa. Marilah kita bermaaf-maafan dalam bulan syawal ni dan lupakan sengketa lama. "KALAU KITA GADUH KITA JATUH, KALAU BERSATU KITA MAJU! Fikir2kanlah.....

Monday, August 31, 2009

WHY DO WE FIGHT????


As a family, we always fight with our brothers and sisters. We often ask our selves ,"why do Abang always get the better stuff" or "why Mak always wins Adik". Still, we fight to get what we want but the most important thing is that we fight to understand each other better because in the end, we are still a family. No matter how much we hate our brothers or sisters, we will never let other people to harm them. As the old Malay sayings, "cubit peha kanan, peha kiri terasa". For me, the best weapon to fight among us is UNITY & TOLERANCE. It's not about what we want, but it's about what's best for us.

Happy 52nd Merdeka!

Saturday, August 22, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN...


Aku rasa macam baru jer raya tahun lepas dah...puasa balik. Aku buat Trial spm masa tengah puasa tau...tapi bagus jugak sebab aku boleh luangkan masa breakfast ngan lunch aku untuk baca buku. Aku tak tau lah kenapa bila time bulan ramadhan jer aku dapat feel the presence of ramadhan. Aku boleh rasa suasana istimewa bulan puasa yang lain dari bulan lain. Tahun lepas aku puasa penuh ,so aku harap tahun ni pon sama gak lah tapi tahun ni aku nak memperbanyakkan skit ibadah bulan ramadhan. Last but not list, aku harapkan ramadhan kali ini penuh makna....cehhh..macam lagu nasyid plak..hehe..Kepada semua umat islam di luar sana, "Puasa,jangan tak puasa tau..." kalau sesapa nak main mercun tuh hati-hati skit, jangan jadi macam aku sampai terbakar lengan baju 4 tahun lepas..haha...

Monday, August 17, 2009

MELAYU MASIH LUPA.........

Selama 11 tahun di zaman persekolahan kita berikrar,

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

· Kepercayaan kepada Tuhan

· Kesetiaan kepada Raja dan Negara

· Keluhuran Perlembagaan

· Kedaulatan Undang-undang

· Kesopanan dan kesusilaan


Selama satu hari sahaja kita hancurkan.....

Melayu masih lupa dan lupa dan lupa........

Kenapa kita perlu menambah lagi kerosakan rumah kita yang sedang mengalami kerosakan..???
Kenapa kita memilih untuk menderhaka dan memberontak kepada pemimpin yang kita rasa zalim??? Sedangkan kita boleh berdoa pada ALLAH dan akan termakbullah doa kita jika betul kita ini dizalimi... Fikir-fikirkanlah...

Thursday, July 30, 2009

REVOLUSI HD!!!!!


Aku dah malas nak tulis pasal masalah-masalah industri filem kita. Nak complain pon tak guna, lebih baik kita berdoa jer dan tingkatkan kualiti production tempatan..itu yang lebih penting. Dah lama aku perhatikan ada segelintir drama-drama,telemovie-telemovie Malaysia yang mempunyai kualiti sinematografi yang lawa dan nampak seakan-akan filem. Contohnya seperti drama kekasihku seru(tv3), gol&gincu(8tv),Ghost(8tv), Warkah Terakhir(astro citra). Telemovie pula ialah POPULAR(ASTRO RIA),100 harijadi(ria),siti tivi(ria),tuah kembali(ria) dan ada lagi tapi aku lupa tajuk dia...Telemovie2 tersebut terutamanya 'popular'(ria) mempunyai sinematografi yang lawa giler sampai membuatkan aku tertanya-tanya "kamera apa diorang pakai ni???". Aku pon apa lagi...research!!!!

Lepas research punya research kat internet, ten ten ten....!!! Diorang guna kamera hd rupanya..Panasonic p2, kecik jer saiz dia tapi kualiti gambar dia...fuhhh!!!!TERBAIK DARI LADANG!!Kalau tambah lens filem lagi lawa!! Aku harap lebih ramai lagi production house tempatan yang guna kamera ni sebab harga dia takde lah mahal sangat , kalau sewa lagi murah daripada kamera beta yang dipakai sekarang yang kualitinya kureng..Setiap kali aku tengok drama WARKAH TERAKHIR , mesti aku terpegun dan bangga dengan drama buatan Malaysia. Aku tabik spring pada pengarah telemovie '100 Harijad' iaitu Woo Ming Jin sebab dia ni seorang pengarah yang kreatif dan mempunyai banyak idea-idea baru.Tahun depan aku masuk PLKN, pastu insyaalah aku akan mula mengarah untuk program Skop. Yang best nyer, Skop Productions nak beli kamera hd p2 ni tahun depan..yeah!!! MAJU FILEM MALAYSIA!!!



Takziah kepada Arwah YASMIN AHMAD semoga roh mu dicucuri rahmat..
Terima kasih atas segala sumbangan anda yang telah mewarnakan industri filem Malaysia!

Sunday, July 19, 2009

BANTAH!!!!BANTAH!!!!BANTAH!!!!BANTAH!!!!


Petang tadi aku pergi kedai nak beli air dengan roti, sambil tu aku selak-selaklah skit newspaper hari ni..tiba-tiba jer aku baca kat front page NEW SUNDAY TIMES ada terpampang tajuk yang menyatakan MAT REMPIT & PONDAN diharamkan untuk paparan telivisyen dan filem!!!!!!AAAAAAAARRRRRRGGGHHHHHH!!!!!!!!!!! mana boleh macam nih!!! tiba-tiba jer undang2 ni keluar!!! ini kes aniaya untuk filmmakers kat Malaysia!!!! Dia tulis Tan sri musa (ketua polis) yang arahkan undang2 baru nih kepada Kementerian komunikasi & budaya!! Aku memang tak faham, kenapa polis salahkan filem padahal tu kerja diorang untuk tangkap mat rempit. Pasal benda ni polis nak kecoh tapi cetak rompak yang berleluasa tuh diorang buat bodoh jer.....!!!!!!!Aku benci cakap pasal politik, tapi aku terpaksa jugak sebab diorang nak menjahanamkan industri filem kita...benda yang ditunjukkan dalam filem adalah realiti...adakah diorang takut untuk terima realiti??? adakah ini satu konspirasi pihak berkuasa untuk berselindung atas kegagalan mereka menangani isu mat rempit& mak nyah dengan menyalahkan filem?????????? Mat rempit& pondan telah muncul lama dahulu sebelum filem2 berkisahkan matrempit&pondan ditayangkan, jadi jangan nak salahkan filem tempatan!!!!!

Macam mana filem tempatan nak maju kalau asyik kena himpit dengan tekanan kerajaan????
Kalau macam ni nak buat cerita apa???? nak buat filem cinta jer......????Alasan mereka adalah
"oohhh undang2 nih untuk buatkan rakyat Malaysia tidak terpengaruh"....KEPALA HOTAK KAU!!!!!!Habis filem luar yang ada babak2 cium peluk, racing, bunuh2, pondan, gay, lucah tu semua takpe pulak kasi tayang........Yang tonton sapa????? Rakyat Malaysia jugak!!!! Dah lar filem hantu pon diorang kata jangan buat,kalau ya pon... bincang lar dulu sebelum buat undang2 nih.. Baru jer tahun ni filem kita nak maju...dah kena aniaya macam nih.... aku tak suka amerika tapi cuba kita tengok filem diorang, maju gila...sebab negara diorang ada freedom of speech! Negara kita, haram......sebab ni lah filem kita lack of idea...mana tak nyer, ini tak bleh buat itu tak bleh buat..no freedom of creativity!!!Apa nak jadi pon aku tak tau lar dengan filem kita kalau diorang terus blame filem tempatan untuk cover kesalahan diorang.....Bagi aku filem kita belum Merdeka lagi dari jajahan orang sendiri!

KEPADA SEMUA FILMMAKER MALAYSIA, KITA FIGHT HABIS-HABISAN UNDANG2 BARU NI!!!!!!BANTAH!!!!!! DEMI KEMAJUAN FILEM MALAYSIA!!!!!!!!

Tuesday, July 7, 2009

SAMSENG INDUSTRI PERFILEMAN!!!!

kuli-kuli cetak rompak yang muka tak tau malu!


Pernah tak korang terfikir kenapa cetak rompak kat Malaysia ni sangat berleluasa? Kebanyakan tempat menjual dvd haram macam rileks jer tak pernah kena serbu siap ada rumah kedai lagi nak jual dvd haram.Kalau ada serbu pon kadang-kadang jer itu pon kat pasar malam jer.. hhmm...kalau korang nak tahu, samseng industri filem kita ni ialah 'TAUKE CETAK ROMPAK". Hanya satu jer tauke cetak rompak yang paling besar dan teramatlah kaya kat Malaysia ni. Dialah boss segala dvd haram kat Malaysia ni yang mengawal segala pergerakan dan aktiviti dvd haram seluruh Malaysia dan ada banyak connection dengan 'pihak berkuasa'.Hasil kutipan tahunannya..fuhhhhh....$$$$$berpuluh-puluh juta ringgit$$$$. Dia jugak menyamar menjadi pemasar dvd original dan menyamar jadi baik depan pengeluar2 filem Malaysia!!! Itu jer aku boleh bagitau, isu ni sensitif skit sebab melibatkan 'pihak berkuasa' hehehe..

Friday, June 26, 2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUK GOMBAK!

Baru-baru ni, ada satu budak berambut merah buat satu jenayah tak silap aku PECAH RUMAH.Kes ni berlaku kat gombak. Ramai orang cekup dia pastu serah kat polis. Masalah nyer sekarang , dia mengaku dia ni anak Yusuf Haslam pastu dia cakap nama dia Syafiq!!! aaaarrrrrggghhh!!! s#@l betul lar mamat ni!!! dia menyamar jadi diri aku supaya dia boleh lepas. MEMALUKAN AKU BETUL!!!! Pastu aku dengar ada orang percaya cakap mamat nih, tak ke rosak nama aku??? masa tu polis call rumah cakap kat kakak aku yang aku kena tangkap polis! padahal aku tengah makan dengan family aku!!! tambah lagi dia claim yang diri dia kena jamin keluar pejabat bolis sebab SHAMSUL yang jamin dia!! Pada 25 jun malam, ada sekumpulan orang bawak dia datang rumah aku, malangnya aku takde tapi mak bapak aku ada. So parents aku sahkan yang mamat nih penipu. Soal punyer soal kat budak nih dia tak cakap ape2, dia diam jer...sapa mak bapak dia pon kitaorang tak tau...

Aku pelik betul dengan mamat berambut merah ni....Apa yang dia nak??? sape dia nih yang sebenarnyer???? apa agenda dia???? siap sanggup buat kad pengenalan palsu yang ada nama aku! Cuba bayangkan kalau korang kena aniaya macam ni..tak sakit hati ke?? Orang lain pecah rumah tiba-tiba nama aku plak kena petik!!dah lar tahun ni aku nak SPM, bercelaru otak aku!!

AKU HARAP PENDUDUK GOMBAK JANGAN PERCAYA KAT MAMAT SAKIT MENTAL NIH!

Sunday, June 21, 2009

COMPOSITE TEST (TRANSFORMERS)


This is actually the image of kl drift filming set which is located in Putrajaya. I was bored so i tried to make this picture to be more interesting. I took some transformers image from google and composite it together with the kl drift image. Plus, i added the blue lens flare to get the feel of the transformers movie and this is the result. I cant wait to watch TRANSFORMERS 2 this 24 june!!!!

Wednesday, May 27, 2009

EVOLUSI KL DRIFT 2 PICTURES!!!




Dari pandangan aku, pengambaran KL DRIFT 2 ni bukan jer penuh dengan cabaran ,DUGAAN pon banyak gak!! hmmmm..macam2 masalah berlaku, kereta rosak, kereta aksiden, kren rosak,kereta melambung,cuaca tunggang langgang, kamera pecah kena langgar, bergaduh, footage filem hampir hilang dan macam2 lagi...hhmmm..nak buat camne..reda dan tawakal pada ALLAH sahaja lar..Ramai orang ingat buat filem ni senang,mudah,goyang kaki...tapi hakikatnyer.....AAAAAARRRRRGGGGGHHHHH!!!!!SUSAH NAK MAMPOS!!! Baru aku faham kenapa papa aku slalu sedih kalau orang kritik filem dia...kerana keperitan nak hasilkan sebuah filem memang susah!!Aku harap bila tiba masanya aku jadi pengarah filem nanti, aku boleh tempuh cabaran ngan dugaan industri ni.... HIDUP FILEM MALAYSIA!!!

Monday, April 27, 2009

LAGU TEMA FILEM BOHSIA!!! 'CIK ADIK' JAMES BAUM

SORRY SEBAB LAMBAT UPLOAD...INTERNET PROBLEM, ENJOY THE MUSIC VIDEO!

Thursday, February 12, 2009

A VERY SHORT MOVIE!!! (EXPERIMENTAL)



This short film took me only 20 minutes to shoot. I had great times shooting this film but still, it's not my best work yet...

location:RESTAURANT BORA OMBAK
actors: Fizzy & Azrai
editor: Syafiq
director: Syafiq

Sunday, February 8, 2009

BOHSIA(JANGAN PILIH JALAN HITAM...)18PL TRAILER

Filem kedua arahan syamsul yusof, terbitan skop productions dan grand brilliance. Bakal menggegarkan pawagam-pawagam berdekatan anda pada 23 april 2009!!!

Tuesday, January 27, 2009

EVOLUSI KL DRIFT 2!!!!

Pelancaran filem EVOLUSI KL DRIFT 2!!!!! Pengambaran filem ini akan dimulakan pada bulan febuari 2009.Dengan kos produksi yang bernilai 2.5 juta, syamsul yusuf (pengarah filem ekld2) menjanjikan kelainan dan kejutan yang lebih hebat dari filem kl drift pertama. Pelancaran filem ini bertempat di bangunan perbadanan kemajuan filem nasional (FINAS).



Thursday, January 1, 2009

2009!!! I'M HAPPY AND ALSO SCARED!!!


When i was in kindergarten, i wish that time could move faster..........But today i feel that time is moving too fast!!! GOD!!! Help me!!! I'm in form 5 now and I'm taking SPM this November!!! This feels like a dream to me, a nightmare! Let me be honest, I'm not the 'A student' type so this SPM EXAM is killing me!!!!!!!!! I always failed my math! Aaaaarrrrggghhhh......!!!!!!!! I hate that subject!!!!!!!! It felt really hurt seeing the reaction on my mom face when she knew that i failed my math....What am i going to do??? Its the SPM EXAM!!! Its not a small matter!!!hhuuuuhhh...


Okay that was the bad story , now I'm going to write about the good story. The thing that makes me feel happy is that i got only 1 year left for school, after that.......FREEDOM!!!!!!! I'm gonna get my driving license late this year, make a short film after SPM and I'm gonna produce some tracks and become an independent artist...oh ya..I almost forgot, I'm gonna play a role in 'RODA-RODA KUALA LUMPUR' for the 2nd and the 3rd season...INSYAALLH.....

Thursday, December 25, 2008

AJAL TIDAK MENGENAL USIA!!!


Aku baru sahaja dimaklumkan bahawa sahabat baikku Adi Azfia telah meninggalkan dunia....Innalillah wa innalillah hi ra jiun........Sahabatku baru sahaja berumur 16 belas tahun dan dia rakan sekelas aku....Banyak kenangan manis yang aku berkongsi bersamanya....Dia seorang yang baik hati, dan senang untuk sesiapa sahaja yang mahu berkawan dengannya....Kali terakhir aku berjumpa dengan dia bertempat di restoran NZ wangsa maju....Tidak terlintas fikiranku bahawa itulah perjumpaan kali terakhir bagi kami berdua....Aku sungguh terkejut apabila dimaklumkan bahawa dia telah meninggal dunia...Dan pada kali pertama dalam hidupku, barulah aku benar-benar faham bahawa ajal maut tidak mengenal perbezaan usia......Aku percaya...ada hikmah disebalik kejadian tersebut.......Aku tahu yang aku bukanlah seorang yang yang sempurna dan telah banyak dosa yang tak terkira telah aku lakukan.....Aku memohon dan berdoa kepada ALLAH untuk mendapatkan hidayah.....Amin...... Aku sedar.....kita patut hargai hidup kita dan jangan mensia-siakannya dan juga menghargai rakan-rakan yang masih lagi hidup....



TAKZIAH UNTUK ADI AZFIA SAHABAT BAIKKU, SEMOGA ROH BELIAU TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.....AMIN.....

Thursday, December 18, 2008

I AM THE 'RAKYAT'!!!


I LOVE MALAYSIA SO MUCH!!! I LOVE MALAYSIAN PRODUCTS!!! I LOVE MALAYSIAN MOVIES!!! I LOVE MALAYSIAN MUSIC!!! I'M VERY HAPPY TO LIVE IN MALAYSIA!!!.....
Hhmmm.....It's very rare that we Malaysians say those things right now...don't you people think so??? Maybe some Malaysians do, but many are saying and feeling the opposite way...This December was a great school holiday to me, for me being in Malaysia is being myself, and being in other country feels like a stranger..I'm destined to be born in Malaysia for a reason...but only GOD knows....Many people like to buy stuff that are 'imported', but for me local products come first! Many people worship imported music and hating the local music, but for me local music come first! A lot of people wants to watch 'Hollywood movies' but for me...........i think you guys already figure it out..haha..I'm very sensitive if people disrespect my country...I'll defend my country no matter what it takes...This is me! This is what i am! I'm not trying to show off that I'm 'patriotic' to my country but the fact is..................I am........

Sunday, December 7, 2008

AIDIL ADHA 2008!!! (SEMBELIH LEMBU!!!)




Hari raya korban dekat Taman Melawati tahun 2008 agak boleh tahan meriah jugak lar...tapi lepas pukul 12 tengah hari habis semua lengang sepi....Masa tengah sembelih lembu-lembu tu, hujan turun renyai-renyai...fuh!!! dramatik lar pulak....macam dalam filem tapi watak utamanya adalah lembu-lembu yang ada dekat tepi surau tu hehehe....Aku dari kecik lagi memang suka tengok lembu kena sembelih, pagi-pagi lagi aku dah excited nak tengok korban lembu...tak tau lah apsal aku ni obsess tengok lembu kena sembelih..hahaha..Aku ucapkan korang semua yang baca blog aku ni selamat hari raya aidil adha!!! Makanlah daging lembu puas-puas ok!!!cau!!!

Wednesday, December 3, 2008

HUJAN Bila Aku Sudah Tiada (official video)

This is the official video of HUJAN- Bila Aku Sudah Tiada, omg..!!!This video is so cool!!! To some people who doubt that Malaysian music videos are good than they should watch this video.
It's directed by REWAN ISHAK from a production house called REDEOSCAPE.Congratulations to HUJAN and REDEOSCAPE for successfully made the music video awesome!!!SUPPORT YOUR LOCAL MUSIC INDUSTRY!!!

Lagu / Lirik: Noh HujanDirector / Editor: Rewan IshakProducer: Iddin ShahDirector of Photography: Saifuddin Musa.