Sempena akhir bulan puasa ni, saye buat pertama kalinya menulis dalam bahasa Melayu yang saya cintai. Pada hari raya tahun ini marilah kita menyambutnya dengan meriah tetapi sederhana kerana ekonomi yang agak meleset baru-baru ini hehehe...Saya berharap kita dapat melupakan perkara-perkara yang telah berlaku atau pun dendam-dendam di dalam hati kita supaya kita dapat bermaaf-maafan di hari raya dengan sempurna, bak kata pepatah 'buang yang keruh, ambil yang jernih'. Saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana saya masih lagi mempunyai ibu-bapa dan keluarga yang saya sayangi untuk meraikan hari raya bersama kerana tanpa mereka apalah maknanya hari raya untuk saya. Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah saya lukakai hatinya dan saya berharap agar mereka menyambut hari raya dengan sempurna.SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!

Reactions: 

1 Response so far.

  1. happy eid 2 u 2~