baru balik dari anugerah oskar Malaysia ke 7

Roslan Shah kelakar!!!hahaha!!!

Anugerah oskar Malaysia ke 7 best tapi tak kena tempat??? hmmm...Kalau korang tengok tempat anugerah macam anugerah bintang popular atau festival filem Malaysia mesti buat dekat 'arena of stars' Genting ataupun stadium-stadium dekat Malaysia ni kan??? Pentas mesti besar dan efek lampu pun mesti best....tapi malangnya anugerah yang dianggap berprestij iaitu anugerah oskar Malaysia tidak berbuat seperti demikian...Aku datang dengan Papa dan Mama aku pergi anugerah tersebut, siap bawak sepupu aku lagi pasal aku ingat kan gempak tapi rupanya macam pergi majlis graduasi sekolah jer...Pentas dah lar kecil pastu efek lampu ada lar dua tiga tiang lampu warna-warni...Aku tak salahkan pihak penganjur dan persatuan tersebut kerana diorang dah usaha macam2 untuk dapat sponsor tapi tak dapat...Ramai termasuk pihak kerajaan yang ragu-ragu dan tidak menyokong anugerah ini kerana dianggap tak berprestij, tapi kalau dah takde sape nak sokong macam mane nak berprestijkan??? Bagi aku sokongan tu penting dan pihak kerajaan tidak seharusnya memperlekehkan anugerah oskar ini , cuba kita lihat anugerah OSCAR AMERICA yang dah maju tahap dewa sebab kerajaan diorang sokong dan banyak syarikat filem diorang memberi sumbangan..Aku bukan nak harapkan oskar Malaysia sama taraf dengan America punya Oscar tapi sekureng-kurengnyer pon tempat biarlah gempak sikit.Walaubagaimanapun aturcara diorang memang menghiburkan dan aku suka tengok gelagat pengacara (ROSLAN SHAH) yang kelakar tuh hahaha....Aku siap sempat lagi tolong jadi wakil menang anugerah produksi filem terbaik untuk evolusi kl drift, glamour aku..hehehe...Aku nampak anugerah oskar ni ada masa depan yang cerah jika diberi sokongan, jadi sokonglah INDUSTRI FILEM TANAH AIR!!!FILEM KITA WAJAH KITA!!! Jumpa lagi dalam blog pos aku yang akan datang! senang-senang korang follow jer blog aku nih, klik jer kat belah kanan bawah blog ni ok!!! peace!!!




Reactions: 

0 Responses so far.