Hmmm.....Yang mana satu lagi hebat???Minggu lepas aku baru jer tengok tayangan perdana filem cicakman 2 pada sebelah malam, tapi pagi sebelum tu aku tengok filem antoo fighter dekat panggung tgv klcc.Sebelum aku tengok filem antoo figter tuh,terus terang aku cakap, sebenarnya aku tak beberapa tertarik dengan filem antoo fighter sebab dah banyak reviews dari blog-blog yang aku baca banyak hentam filem tuh, aku pergi tengok pon sebab saudara aku yang beriya-iya sangat nak tengok, jadi aku pon terpaksalah ikut....





Selepas beberapa minit aku tengok filem tuh, sumpah aku terkejut sebab tiba-tiba jer aku rasa enjoy dan CGI filem ni takde lah seburuk yang orang cakap, ada jugak CGI filem ni yang gempak giler bai...!!! contohnyer macam kepak drakulat dalam filem tuh, fuh!!! bapak real!!!Dan aku perhatikan bahawa komedi filem nih bukanyer lawak bodoh atau sengal tapi memang lawak sempoi..Dari mula sampai habis filem nih aku bergelak ketawa dan rasa enjoy giler..!!! Betullah cakap ompotih 'DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER', mungkin poster filem ni agak kureng sikit tapi aku cakap kat korang..filem ni best siot!!! Boleh dikatakan filem masyarakat lar!!!Fuhh,memang berbaloi aku beli tiket filem ANTOO FIGHTER NI!!!

Pada sebelah malam pulak aku tengok filem cicakman 2, perasaan aku masa tu sungguh excited dan aku mengharapkan filem ni lebih baik dari filem cicakman 1. Babak permulaan filem ni memang gempak aku cakap, lain dari yang lain.Banyak pelakon baru dan Villan baru pon ada iaitu RRAMA, tetapi pada pertengahan cerita, aku sedikit hairan sebab filem nih tak banyak babak komedi dan kalau ada pon orang tak gelak..hhmmm...pelik jugak sebab genre filem ni ialah ACTION/(COMEDY) tapi satu benda pon tak kelakar,dan perkara yang aku paling tak puas hati adalah apabila tiba-tiba saja beberapa shot filem ni jadi buruk tanpa sebab seperti guna kamera cikai....Tapi walau apa pon aku nak ucap kan tahniah kepada KRU dan Yusri sebab dia buat CGI semuanya dengan sendiri.Jalan ceritanya kemas dan tiada babak kaku dan banyak camera movement boleh dilihat.Tanpa rasa ragu lagi, aku memang dah tahu filem ni memang confirm meletup punyalah!!!

Aku tak boleh bagi tahu yang mana satu lagi hebat sebab kedua-dua filem ni ada kelebihan masing-masing,korang buatlah andaian korang sendiri dan lagi satu aku taknak filem kita dilaga-lagakan sebab perkara ini akan melahirkan pembuat-pembuat filem yang berkelompok sendiri. Dah banyak kali aku lihat perkara ni berlaku dalam industri filem kita, percayalah cakap aku berkelompok sendiri kita takkan kemana, tapi kalau kita bersatu baru kita boleh maju!!!


MAJU INDUSTRI FILEM MALAYSIA!!!

Reactions: 

7 Responses so far.

  1. nice rev dik ;-)

  2. well said..
    aku pon dah tgk kedua-dua filem ni masa pra-tonton tayangan..

    for me...aku quite bangga dgn antoo fighters sbb pengguna CGI & kesan khas serta make up dan kostum yg bg aku agak out-standing. walopon jalan cerita yg ringan cuba disampaikan, tp aku agak teribhur gak ngan cerita ni sbnrnya.

    utk cicakman pulak..aku lebih mangharapkan yg lebih hebat berbanding cicakman 1, tp bg aku lak, cicakman 2 agak slow wpon lebih byk villain serta aksi2 cuba ditonjolkan kali ni. kat mana kurangnya aku tak pasti tp ada sumthing yg buat aku kurang puas. mungkin dari segi animasi yg CGI yg cuba ditonjol smpai adakalanya aku rasa mcm aku main games kat pc jer..tu pendapat aku.

    tp aku tetap bangga dgn cicakman 2 kerana telah berjaya keluar dari kepompongan filem melayu asli yg agak stereotaip dulunya..

    enough said bro...

    jom gi layan movie weyh......

  3. thanks!

  4. ok.aku nak komen plak after after uncle ajami buat2 komen low porfile plak kat sini. hehe

    erm,
    aku pergi ke preview filem tu.
    antoo fighter, duduk sebelah radhi.

    aku setuju, CGI utk sayap awie tu mmg gempak!
    tapi sekali tu je awue bersayap, pastu tak ada.
    duh...sayang gile.
    and pendapat aku, jalan cerita dia very simple. watak2 pon lemah.

    aku tak bukan senang nak buat filem, but azizi chunk patut usaha lagik.

    cicakman 2 aku tak pg preview, sbb ada kerja byk time tu. tapi aku diberitahu, belum habis filem tu habis, mamat khalid dah blah kuar panggung..pasal apa?
    maybe ada something spoiled.
    nak tau..lepak dgn dia kat restoran pelita ss2 pj. hoho.

  5. tak boleh ke buat cerita dengan kesan khas yang canggih lepas tu gabung dengan skrip dan isi yang cantik. macam star wars

  6. means...alang-alang dah dapat buat kesan khas yang bagus, kena ada skrip yang bermutu.

  7. cicakman 2 just, ok larrr..but,i prefer antoo fighter..=)