
Hmmm.....Yang mana satu lagi hebat???Minggu lepas aku baru jer tengok tayangan perdana filem cicakman 2 pada sebelah malam, tapi pagi sebelum tu aku tengok filem antoo fighter dekat panggung tgv klcc.Sebelum aku tengok filem antoo figter tuh,terus terang aku cakap, sebenarnya aku tak beberapa tertarik dengan filem antoo fighter sebab dah banyak reviews dari blog-blog yang aku baca banyak hentam filem tuh, aku pergi tengok pon sebab saudara aku yang beriya-iya sangat nak tengok, jadi aku pon terpaksalah ikut....

Selepas beberapa minit aku tengok filem tuh, sumpah aku terkejut sebab tiba-tiba jer aku rasa enjoy dan CGI filem ni takde lah seburuk yang orang cakap, ada jugak CGI filem ni yang gempak giler bai...!!! contohnyer macam kepak drakulat dalam filem tuh, fuh!!! bapak real!!!Dan aku perhatikan bahawa komedi filem nih bukanyer lawak bodoh atau sengal tapi memang lawak sempoi..Dari mula sampai habis filem nih aku bergelak ketawa dan rasa enjoy giler..!!! Betullah cakap ompotih 'DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER', mungkin poster filem ni agak kureng sikit tapi aku cakap kat korang..filem ni best siot!!! Boleh dikatakan filem masyarakat lar!!!Fuhh,memang berbaloi aku beli tiket filem ANTOO FIGHTER NI!!!
Pada sebelah malam pulak aku tengok filem cicakman 2, perasaan aku masa tu sungguh excited dan aku mengharapkan filem ni lebih baik dari filem cicakman 1. Babak permulaan filem ni memang gempak aku cakap, lain dari yang lain.Banyak pelakon baru dan Villan baru pon ada iaitu RRAMA, tetapi pada pertengahan cerita, aku sedikit hairan sebab filem nih tak banyak babak komedi dan kalau ada pon orang tak gelak..hhmmm...pelik jugak sebab genre filem ni ialah ACTION/(COMEDY) tapi satu benda pon tak kelakar,dan perkara yang aku paling tak puas hati adalah apabila tiba-tiba saja beberapa shot filem ni jadi buruk tanpa sebab seperti guna kamera cikai....Tapi walau apa pon aku nak ucap kan tahniah kepada KRU dan Yusri sebab dia buat CGI semuanya dengan sendiri.Jalan ceritanya kemas dan tiada babak kaku dan banyak camera movement boleh dilihat.Tanpa rasa ragu lagi, aku memang dah tahu filem ni memang confirm meletup punyalah!!!
Aku tak boleh bagi tahu yang mana satu lagi hebat sebab kedua-dua filem ni ada kelebihan masing-masing,korang buatlah andaian korang sendiri dan lagi satu aku taknak filem kita dilaga-lagakan sebab perkara ini akan melahirkan pembuat-pembuat filem yang berkelompok sendiri. Dah banyak kali aku lihat perkara ni berlaku dalam industri filem kita, percayalah cakap aku berkelompok sendiri kita takkan kemana, tapi kalau kita bersatu baru kita boleh maju!!!
MAJU INDUSTRI FILEM MALAYSIA!!!