Baru-baru ni, ada satu budak berambut merah buat satu jenayah tak silap aku PECAH RUMAH.Kes ni berlaku kat gombak. Ramai orang cekup dia pastu serah kat polis. Masalah nyer sekarang , dia mengaku dia ni anak Yusuf Haslam pastu dia cakap nama dia Syafiq!!! aaaarrrrrggghhh!!! s#@l betul lar mamat ni!!! dia menyamar jadi diri aku supaya dia boleh lepas. MEMALUKAN AKU BETUL!!!! Pastu aku dengar ada orang percaya cakap mamat nih, tak ke rosak nama aku??? masa tu polis call rumah cakap kat kakak aku yang aku kena tangkap polis! padahal aku tengah makan dengan family aku!!! tambah lagi dia claim yang diri dia kena jamin keluar pejabat bolis sebab SHAMSUL yang jamin dia!! Pada 25 jun malam, ada sekumpulan orang bawak dia datang rumah aku, malangnya aku takde tapi mak bapak aku ada. So parents aku sahkan yang mamat nih penipu. Soal punyer soal kat budak nih dia tak cakap ape2, dia diam jer...sapa mak bapak dia pon kitaorang tak tau...

Aku pelik betul dengan mamat berambut merah ni....Apa yang dia nak??? sape dia nih yang sebenarnyer???? apa agenda dia???? siap sanggup buat kad pengenalan palsu yang ada nama aku! Cuba bayangkan kalau korang kena aniaya macam ni..tak sakit hati ke?? Orang lain pecah rumah tiba-tiba nama aku plak kena petik!!dah lar tahun ni aku nak SPM, bercelaru otak aku!!

AKU HARAP PENDUDUK GOMBAK JANGAN PERCAYA KAT MAMAT SAKIT MENTAL NIH!

Reactions: 

2 Responses so far.

  1. kalo dh ader split identity bwat per nk pecah umah lg..
    bnyk lg benda laen bleh bwat kn.. ;p

  2. Salam dek sy pak tam gombak,sy rasa sy tau sapa budak ni dia memang banyak masaalah, tapi takpe abaikan je.budak ni kutu rayau.selalu lepak kat batu lima gombak