Aku dah malas nak tulis pasal masalah-masalah industri filem kita. Nak complain pon tak guna, lebih baik kita berdoa jer dan tingkatkan kualiti production tempatan..itu yang lebih penting. Dah lama aku perhatikan ada segelintir drama-drama,telemovie-telemovie Malaysia yang mempunyai kualiti sinematografi yang lawa dan nampak seakan-akan filem. Contohnya seperti drama kekasihku seru(tv3), gol&gincu(8tv),Ghost(8tv), Warkah Terakhir(astro citra). Telemovie pula ialah POPULAR(ASTRO RIA),100 harijadi(ria),siti tivi(ria),tuah kembali(ria) dan ada lagi tapi aku lupa tajuk dia...Telemovie2 tersebut terutamanya 'popular'(ria) mempunyai sinematografi yang lawa giler sampai membuatkan aku tertanya-tanya "kamera apa diorang pakai ni???". Aku pon apa lagi...research!!!!

Lepas research punya research kat internet, ten ten ten....!!! Diorang guna kamera hd rupanya..Panasonic p2, kecik jer saiz dia tapi kualiti gambar dia...fuhhh!!!!TERBAIK DARI LADANG!!Kalau tambah lens filem lagi lawa!! Aku harap lebih ramai lagi production house tempatan yang guna kamera ni sebab harga dia takde lah mahal sangat , kalau sewa lagi murah daripada kamera beta yang dipakai sekarang yang kualitinya kureng..Setiap kali aku tengok drama WARKAH TERAKHIR , mesti aku terpegun dan bangga dengan drama buatan Malaysia. Aku tabik spring pada pengarah telemovie '100 Harijad' iaitu Woo Ming Jin sebab dia ni seorang pengarah yang kreatif dan mempunyai banyak idea-idea baru.Tahun depan aku masuk PLKN, pastu insyaalah aku akan mula mengarah untuk program Skop. Yang best nyer, Skop Productions nak beli kamera hd p2 ni tahun depan..yeah!!! MAJU FILEM MALAYSIA!!!



Takziah kepada Arwah YASMIN AHMAD semoga roh mu dicucuri rahmat..
Terima kasih atas segala sumbangan anda yang telah mewarnakan industri filem Malaysia!

Reactions: 

2 Responses so far.

  1. drama "nur kasih" sinematografi dia best gak,
    and filem "haq" dgr cite best gak,
    dia guna camera "red" kalo tak silap.

  2. ko ade budget braper skang nak angkat barang baik ni ?

    aku ade plan jugak...