Fuh..lama aku tak update blog nih..busy giler sebab spm , sepanjang sebulan kerja aku cuma blaja,blaja,blaja,tido,periksa,blaja,makan,blaja.....sampai hari jadi sendiri pon aku tak celebrate sebab aku ada paper ekonomi hari tu..perit siot blaja!!!!!! tapi apa2 pon aku bersyukur kepada ALLAH sebab boleh jawab paper2 spm..ALHAMDULILLAH....hah..lepas beban spm aku, skang aku nak tumpukan pada filem dan driving licence..hehe...aku kena plkn bulan 4 , so saba je lar... ramai giler member aku nak lari dari plkn, tapi bagi aku lantak je lar.....dah kena nak buat macam mana..pergi je lar...skang ni aku nak lesen kerete, komputer gempak, kamera..dah.. itu jer yang aku nak skang nih....mungkin dapat dalam bulan ni agaknya...aku nak buat short movie.

Lagi satu aku nak cakap pasal filem "santau". aku baru tengok beberapa hari lepas dengan member2..bagi aku filem ni ada unsur-unsur dan kisah-kisah yang sangat dekat dengan hidup orang Melayu iaitu bomoh,hasad dengki dan kekuatan agama...benda-benda ni semua dah lama ada dalam kalangan orang Melayu kita, cuma tak di filemkan ajer..aku rasa sebab tuh lar filem ni meletup kat pawagam. visual boleh tahan pastu sound dia ok jugak..cuma aku tak suka bila ada part-part yang kelakar sebab filem ni filem seram... contohnya , expression muka yang tengah takut yang sepatutnya jadi seram tapi jadi kelakar sebab cara pelakon tu bawak tak betul dan agak kebudak-budakan... tapi walau apa pon aku kasi 3 bintang dari 5 bintang untuk filem ni..Tu jer lar untuk pos kali ni, pergh...harap2 aku lepas ujian memandu...


Ps= perkataan 'PAWAGAM' dicipta oleh arwah tan sri P.Ramlee yang digabungkan dari 3 perkataan iaitu 1.panggung 2.wayang 3.gambar =PAWAGAM .....P.Ramlee memang genius!

Reactions: 

0 Responses so far.