Aku dah malas nak tulis pasal masalah-masalah industri filem kita. Nak complain pon tak guna, lebih baik kita berdoa jer dan tingkatkan kualiti production tempatan..itu yang lebih penting. Dah lama aku perhatikan ada segelintir drama-drama,telemovie-telemovie Malaysia yang mempunyai kualiti sinematografi yang lawa dan nampak seakan-akan filem. Contohnya seperti drama kekasihku seru(tv3), gol&gincu(8tv),Ghost(8tv), Warkah Terakhir(astro citra). Telemovie pula ialah POPULAR(ASTRO RIA),100 harijadi(ria),siti tivi(ria),tuah kembali(ria) dan ada lagi tapi aku lupa tajuk dia...Telemovie2 tersebut terutamanya 'popular'(ria) mempunyai sinematografi yang lawa giler sampai membuatkan aku tertanya-tanya "kamera apa diorang pakai ni???". Aku pon apa lagi...research!!!!

Lepas research punya research kat internet, ten ten ten....!!! Diorang guna kamera hd rupanya..Panasonic p2, kecik jer saiz dia tapi kualiti gambar dia...fuhhh!!!!TERBAIK DARI LADANG!!Kalau tambah lens filem lagi lawa!! Aku harap lebih ramai lagi production house tempatan yang guna kamera ni sebab harga dia takde lah mahal sangat , kalau sewa lagi murah daripada kamera beta yang dipakai sekarang yang kualitinya kureng..Setiap kali aku tengok drama WARKAH TERAKHIR , mesti aku terpegun dan bangga dengan drama buatan Malaysia. Aku tabik spring pada pengarah telemovie '100 Harijad' iaitu Woo Ming Jin sebab dia ni seorang pengarah yang kreatif dan mempunyai banyak idea-idea baru.Tahun depan aku masuk PLKN, pastu insyaalah aku akan mula mengarah untuk program Skop. Yang best nyer, Skop Productions nak beli kamera hd p2 ni tahun depan..yeah!!! MAJU FILEM MALAYSIA!!!



Takziah kepada Arwah YASMIN AHMAD semoga roh mu dicucuri rahmat..
Terima kasih atas segala sumbangan anda yang telah mewarnakan industri filem Malaysia!

Reactions: 


Petang tadi aku pergi kedai nak beli air dengan roti, sambil tu aku selak-selaklah skit newspaper hari ni..tiba-tiba jer aku baca kat front page NEW SUNDAY TIMES ada terpampang tajuk yang menyatakan MAT REMPIT & PONDAN diharamkan untuk paparan telivisyen dan filem!!!!!!AAAAAAAARRRRRRGGGHHHHHH!!!!!!!!!!! mana boleh macam nih!!! tiba-tiba jer undang2 ni keluar!!! ini kes aniaya untuk filmmakers kat Malaysia!!!! Dia tulis Tan sri musa (ketua polis) yang arahkan undang2 baru nih kepada Kementerian komunikasi & budaya!! Aku memang tak faham, kenapa polis salahkan filem padahal tu kerja diorang untuk tangkap mat rempit. Pasal benda ni polis nak kecoh tapi cetak rompak yang berleluasa tuh diorang buat bodoh jer.....!!!!!!!Aku benci cakap pasal politik, tapi aku terpaksa jugak sebab diorang nak menjahanamkan industri filem kita...benda yang ditunjukkan dalam filem adalah realiti...adakah diorang takut untuk terima realiti??? adakah ini satu konspirasi pihak berkuasa untuk berselindung atas kegagalan mereka menangani isu mat rempit& mak nyah dengan menyalahkan filem?????????? Mat rempit& pondan telah muncul lama dahulu sebelum filem2 berkisahkan matrempit&pondan ditayangkan, jadi jangan nak salahkan filem tempatan!!!!!

Macam mana filem tempatan nak maju kalau asyik kena himpit dengan tekanan kerajaan????
Kalau macam ni nak buat cerita apa???? nak buat filem cinta jer......????Alasan mereka adalah
"oohhh undang2 nih untuk buatkan rakyat Malaysia tidak terpengaruh"....KEPALA HOTAK KAU!!!!!!Habis filem luar yang ada babak2 cium peluk, racing, bunuh2, pondan, gay, lucah tu semua takpe pulak kasi tayang........Yang tonton sapa????? Rakyat Malaysia jugak!!!! Dah lar filem hantu pon diorang kata jangan buat,kalau ya pon... bincang lar dulu sebelum buat undang2 nih.. Baru jer tahun ni filem kita nak maju...dah kena aniaya macam nih.... aku tak suka amerika tapi cuba kita tengok filem diorang, maju gila...sebab negara diorang ada freedom of speech! Negara kita, haram......sebab ni lah filem kita lack of idea...mana tak nyer, ini tak bleh buat itu tak bleh buat..no freedom of creativity!!!Apa nak jadi pon aku tak tau lar dengan filem kita kalau diorang terus blame filem tempatan untuk cover kesalahan diorang.....Bagi aku filem kita belum Merdeka lagi dari jajahan orang sendiri!

KEPADA SEMUA FILMMAKER MALAYSIA, KITA FIGHT HABIS-HABISAN UNDANG2 BARU NI!!!!!!BANTAH!!!!!! DEMI KEMAJUAN FILEM MALAYSIA!!!!!!!!

Reactions: 

kuli-kuli cetak rompak yang muka tak tau malu!


Pernah tak korang terfikir kenapa cetak rompak kat Malaysia ni sangat berleluasa? Kebanyakan tempat menjual dvd haram macam rileks jer tak pernah kena serbu siap ada rumah kedai lagi nak jual dvd haram.Kalau ada serbu pon kadang-kadang jer itu pon kat pasar malam jer.. hhmm...kalau korang nak tahu, samseng industri filem kita ni ialah 'TAUKE CETAK ROMPAK". Hanya satu jer tauke cetak rompak yang paling besar dan teramatlah kaya kat Malaysia ni. Dialah boss segala dvd haram kat Malaysia ni yang mengawal segala pergerakan dan aktiviti dvd haram seluruh Malaysia dan ada banyak connection dengan 'pihak berkuasa'.Hasil kutipan tahunannya..fuhhhhh....$$$$$berpuluh-puluh juta ringgit$$$$. Dia jugak menyamar menjadi pemasar dvd original dan menyamar jadi baik depan pengeluar2 filem Malaysia!!! Itu jer aku boleh bagitau, isu ni sensitif skit sebab melibatkan 'pihak berkuasa' hehehe..

Reactions: