Mari semua ibu-ibu, bapak-bapak, adik-adik, abang-abang -abang, kakak-kakak mari datang!!! hahaha!! Program Hari Terbuka FINAS edisi kedua yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 20 dan 21 Februari (Sabtu & Ahad) turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung. Program bertemakan FILEM CITRA 1MALAYSIA ini adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai mengenali lebih dekat peranan FINAS dalam agenda pembangunan industri filem Malaysia. Masuk adalah percuma bertempat di Kompleks Studio Merdeka FINAS.Segmen tayangan filem cereka dan dokumentari terbitan FINAS membariskan filem cereka Filem 'Papadom’, ‘My Spy’, ‘Momok The Movie’, ‘Bohsia… Jangan Pilih Jalan Hitam’, ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ serta empat dokumentari terbitan FINAS (Jean Perera; The Beauty Queen Murder, Bangunan Sultan Abdul Samad, Spell Bound; Crime Of The Mind dan Among The Great Apes : With Michell Yeoh) juga ditayangkan secara percuma di Pawagam Mini P. Ramlee.

Untuk maklumat lanjut sila ke website FINAS


http://www.finas.gov.my/

Reactions: 

0 Responses so far.