FILEM PENDEK

Selalu aku buat short film cuma aku dengan 2 atau 3 orang jer tapi untuk short film "SAKIT" aku ada lebih kurang sepuluh orang dalam team aku untuk bikin filem pendek ni sebab short film ni untuk final project kolej aku so ramai la student broadcasting... Kelas aku ada lebih kurang 150 orang tapi dipecahkan kepada 6 group untuk final project filem pendek. Berbalik kepada filem pendek "SAKIT", production team aku ada ramai tapi skrip aku buat, aku pengarah, aku cameraman, aku editor dan aku jugaklah tukang angkat lampu..hahaha.. bukan nak bangga dan bukan beban bagi aku membuat semua tu... cuma aku rasa lebih puas bila aku ada full control dalam elemen2 penting dalam pembikinan film. Alhamdulillah.... aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat team aku sebab banyak bantu and support buat short film ni.. Pengambaran sangat lancar dan takde masalah.. Aku rasa kalau takde team , memang tak terbuat short film ni.. Shooting kat KLMU dan studio skop productions dari pukul 12 tengahari sampai 10 malam. 10 jam kitaorang shoot. Semua pengambaran dilakukan dalam 1 hari . Screening minggu ni kat KLMU , nervous pulak aku...hhhmm... Pendapat aku tentang short film ni? Bagi aku , aku memang tak pernah puas dengan hasil kerja aku sebab masih banyak lagi kekurangan, masih banyak lagi yang aku kena belajar.. Pendapat team aku? diorang semua suka Alhamdulillah.. Pendapat orang ramai??? Aku tak tau lagi..haha.. Insyaallah aku upload short film "SAKIT" dalam minggu ni.. so, stay tune...

Reactions: 

1 Response so far.

  1. keep up ur good wrok syafiq :D