ya.. aku suka citer ni.. tak boleh tahan... kantoi jugak air mata aku ni.. hehehe.. Sedih citer dia, storyline pon lain dari yang lain. Sebenarnya susah untuk kita tengok filem melayu yang bergenre macamni.. balik-balik komedi jer...kalau komedi macam hantu kak limah takpe jugak sebab kelakar yang original tapi kebanyakan filem komedi kat malaysia ni semua lawak bodo.. Aku tabik pengarah dia yang berani buat filem bergenre drama ni sebab bukan senang untuk jual genre ni. Aku dengar filem ni meletup dan memang sepatutnya pon.. sebab kualiti filem ni tinggi dari segi skrip, sinematografi,arahan dan cara persembahannya. Aku harap ramai yang pergi menonton filem ni.. sokong!sokong!sokong! sokonglah filem melayu yang berkualiti macam filem ni, bukan filem bodo yang mempunyai produser yang memikirkan keuntungan semata-mata.

Reactions: 

8 Responses so far.

  1. Agree!
    Filem Melayu wajib tonton 2011 :)

  2. lain macam ayat last sekali tu..macam tahu je marah pada siapa..
    apapun memang nak pegi tengok citer nur kasih ni tapi tiket full sampai isnin! aduhai..

  3. ni tak sabar nak tengok ni... filem yang menyentuh hati dan perasaan...

  4. syafiq macam perli someone je tu.. eheheh. yana tak tengok lagi movie ni.. tpi dalam perancangan nak tengok.. maklum la musim final exam skarang.. huhu

  5. tau takpe..hehe..

  6. betul2..hajat di hati nak gak tgk tp bila seluk poket nie..mcm kosong je..haha

  7. yup dgr kate cite ni best.. haritu punya la ramai beratur x penah2 ramai maybe nak tgk cite ni... haish xdpt nk tgk...:(

  8. tak sempat lagi nk tengok..insyaalah, aku pegi nanti..