Wow... dah lama saya tak update blog ni.. sorry sesangat sebab terlampau busy.. Sebenarnya saya baru habis mengarahkan filem Sam selama 35 hari, pastu terus pergi buat umrah di Makkah Alhamdulillah... Sekarang dah kat KL, cuti 2 minggu lepas tu sambung kerja editing filem selepas raya insyaAllah.. Pengalaman saya mengerjakan umrah? Alhamdulillah.. Saya rasa sangat tenang beribadat disana... Pengalaman saya mengarahkan filem sulung saya? Juga Alhamdulillah... Satu pengalaman paling manis dan bermakna buat saya walaupun terpaksa bekerja keras 20 jam sehari tido 4 jam saja sehari selama sebulan termasuk bulan puasa , cuti cuma 1 hari. Ya! Memang kerja filem ini satu pekerjaan yang GILA. Kerja kontrak pon 12 jam jer, ni saya kerja sampai 20 jam sehari selama sebulan. Kenapa perlu kerja teruk camni skali?? Kerana kita BUKAN hollywood, kita cuma industri kecil di Malaysia. Jadi untuk membikin filem yang bermutu, pekerja2 filem kita terpaksa berkorban. Kepada sesiapa yang baca entry ni, saya nak kamu semua tahu bahawa PEMBIKINAN FILEM adalah sebuah proses yang susah, rumit dan memerlukan daya kesabaran yang tinggi dan paling perit adalah pengorbanan masa. When you shoot a film for a month, you sacrifice your old life, the film set is your new life. You need passion and devotion in this line. Segala perit susah payah penat letih ini perlu saya lalui dalam usia 18 tahun. THIS IS CRAZY. tapi takpe.. Saya bersyukur atas peluang ni. Masih jauh perjalanan saya dan masih banyak perlu dipelajari. Ada orang2 yang tidak suka saya, mereka berpendapat bahawa saya tidak layak untuk duduk di kerusi pengarah kerana saya terlalu muda, mentah dan tak tahu apa2. Bagi saya?? NEVER SAY NEVER! Cita-cita saya tinggi dan saya akan berusaha untuk mencapainya insyaAllah with the help of Allah.




Ada banyak lagi info yang saya nak bagitahu tentang filem SAM, not for now but I will tell you guys in the next post insyaAllah.. and I'll be posting some behind the scene pictures too, so stay tuned! haha! That's all for now and....oh ya.. follow my twitter guys! I'm very active on twitter, it's addictive..hehe.. http://twitter.com/syafiqyusof



ps- sekarang kena guna "saya" sebab kalau guna "aku" nanti ada org kata saya kasar :p hehe..


Reactions: